Anda di sini

Banyak rumah panjang terbakar siang hari - Tiong

Advertisement
 


KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 24 kes kebakaran membabitkan rumah panjang di seluruh Sarawak setakat ini.

Sepanjang 2017, sejumlah 25 kes dicatatkan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata kebanyakan kes berlaku pada siang.

"Jika dilihat masa kejadian kebanyakan kes kebakaran rumah panjang, ia berlaku pada pagi atau siang. Ketika ini kebanyakan penghuninya bekerja atau ke kebun.

"Lebih baik jika sebelum keluar rumah, pastikan peralatan di dapur ditutup sepenuhnya dan suis perkakas elektronik dimatikan.

"Seelok-eloknya pesan dengan jiran yang berada di rumah untuk bantu memerhatikan keselamatan rumah semasa ketiadaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikut merupakan kebakaran membabitkan rumah-rumah panjang pada tahun ini: 

  1. 26 Januari - Rh. Mawang, Sungai Anap, Tatau
  2. 31 Januari - Rh. Langat Anthony Collin, Nanga Majang, Tinjar
  3. 4 Februari - Rh. Nyipa Tinggang, Nanga Panda, Sebauh, Bintulu
  4. 8 Februari - Rh. Alo, Nanga Ngemah, Ulu Lemanak, Lubok Antu
  5. 8 Februari - Rh. Peligong, Roban
  6. 1 Mac - Rh. Puso Kerangan Mong, Lubok Antu
  7. 4 Mac - Rh. Kim Brim Kartadem, Long Sebayang, Limbang
  8. 5 April - Long Peluan, Baram
  9. 21 April - Rh. Lorre, Ng Ibau, Kapit
  10. 19 Mei - Rh. Michael Ding, Sebauh
  11. 16 Jun - Rh. Nanga Bangkit, Spaoh
  12. 27 Jun - Rh. Michael Yusop, Nanga Lasi, Julau
  13. 13 Julai - Rh. Agan Tubai, Limbang
  14. 19 Ogos - Sg. Merah, Pantu, Sri Aman
  15. 20 Ogos - Rh.Kaunselor Engkabi, Lubok Antu
  16. 26 Ogos - Rh. Sengalang, Tatau
  17. 12 September - Rh. Patrick Kebing, Jalan Tubau-Bakun
  18. 13 September - Rh. Augustine Sait, Sri Aman
  19. 25 September     -  Rh. Dagom Sanggai, Katibas
  20. 29 September - Rh. Bada, Song
  21. 21 Oktober - Rh. Egang Sani, Miri
  22. 19 November - Uma Bakung, Sungai Asap, Belaga
  23. 24 November - Rh. Usek, Niah
  24. 25 November - Rh. Ugin Ungian, Julau
  • oleh
  • Advertisement