Anda di sini

406 penduduk hilang tempat tinggal, rumah panjang terbakar

Advertisement
 

BINTULU: Seramai 406 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam satu insiden kebakaran rumah panjang separuh kekal di Rumah Nyipa, Jalan Sebauh Pandan di sini, malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, kejadian itu memusnahkan 36 pintu daripada 63 unit kediaman.

Katanya, kebakaran bermula dari satu pintu rumah panjang itu namun siasatan masih dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Zon 5, Irwin Abidin. 

Bomba berusaha memadamkan kebakaran
Bomba berusaha memadamkan kebakaran

"Pihak bomba dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebauh menggunakan teknik `fire break' dan dapat menyelamatkan 27 buah pintu daripada rumah panjang terbabit. 

"Laporan dari Komander operasi, Mustapha Wasil mendapati tiada mangsa tercedera atau terkorban dan semua penghuni sempat menyelamatkan diri," ujarnya hari ini. 

Teknik fire break berjaya menyelamatkan 27 pintu lagi
Teknik fire break berjaya menyelamatkan 27 pintu lagi

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.32 malam tadi mengenai kebakaran rumah tersebut dan menggerakkan lima anggota, Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu, Unjar Lum turut ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Katanya, agensi lain yang terlibat membantu ialah pihak polis, kakitangan Klinik Sebauh serta PBS Sebauh.
 

  • oleh
  • Advertisement