Anda di sini

Rumah panjang di Sg Asap musnah dalam kebakaran

Advertisement

Rumah panjang 40 pintu di Uma Bakung Sg Asap terbakar hari ini. - Gambar ihsan JBPM Sarawak

BELAGA: Seramai 470 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang 30 pintu musnah dalam kejadian kebakaran di Uma Bakung Sg Asap, dekat sini, hari ini. 

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri apabila kebakaran itu berlaku sekitar jam 10.45 pagi. 

"Jumlah keseluruhan penghuni adalah seramai 470 orang dan dilaporkan semua dalam keadaan selamat," katanya.
 

- Gambar ihsan JBPM Sarawak

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan kekuatan 10 anggota dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.02 pagi tadi.

Mereka turut dibantu oleh anggota dari BBP Samalaju dan Pasukan Bomba Sukarela ULDP (Uma,Daro,Liling,Padung) yang diketuai Kaunselor Liwen Lawai.
 

- Gambar ihsan JBPM Sarawak

"Kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang 30 pintu jenis tidak yang musnah sepenuhnya," katanya sambil menambah, bomba menggunakan sumber air terbuka dari anak sungai pada 20 kaki untuk memadamkan kebakaran. 

Turut ke lokasi kejadian, polis Sg Asap, kakitangan Klinik Kesihatan Sg Asap dan kakitangan Syarikat Sesco Berhad. 

 

Operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5 petang. 

Difahamkan, perjalanan dari BBP Bintulu ke Uma Bakung mengambil masa dua jam iaitu pada jarak 25 kilometer.

Jarak dari BBP Bintulu ke Uma Bakung adalah 125 kilometer.
Advertisement