Anda di sini

Suspek bunuh Nurnia diberkas, dipercayai minum racun untuk bunuh diri

Advertisement
Lelaki tersebut ditangkap di sebuah rumah panjang di Julau oleh pasukan polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Julau, Inspektor Rafie Jaraie.

SIBU: Seorang lelaki diberkas polis hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penjawat awam di bilik sewa Jalan Tiong Hua, Khamis lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Denis Leong, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dan Sibu yang bertindak atas maklumat, menangkap suspek berusia 42 tahun di di sebuah rumah panjang di Julau, pukul 10.40 pagi.

"Lelaki itu dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan selepas dipercayai meminum cecair yang menyebabkan dia tidak sihat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori diberkas selepas dipercayai meminum racun di tandas rumah panjang tersebut.

Ketika serbuan dibuat katanya, pasukan JSJ menemukan satu botol lutsinar dipercayai racun berhampiran suspek di dalam tandas rumah tersebut.

Permohonan reman akan dibuat pagi esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Khamis lalu,  Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan keadaan kaki dan tangan terikat oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang.

Berkaitan: 

Ditemui mati di bilik sewa

Polis cari lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sibu

  • oleh
  • Advertisement