Anda di sini

Miss World Malaysia 2018

Advertisement

Larissa Ping dinobat Miss World Malaysia 2018

Larissa melambai tangan selepas dipakaikan mahkota Miss Word Malaysia 2018 pada pertandingan akhir ratu cantik itu di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Larissa melambai tangan selepas dipakaikan mahkota Miss Word Malaysia 2018 pada pertandingan akhir ratu cantik itu di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Anak kelahiran Sarawak, Larrisa Ping dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2018 setelah berjaya menewaskan 11 peserta lain pada pertandingan akhir ratu cantik di sini, malam tadi.

Gadis cantik berusia 19 tahun yang mempunyai impian untuk membantu kanak-kanak di kawasan pedalaman, terutama dalam bidang pendidikan itu, menerima mahkota tiara bernilai RM4juta, wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi dan lain-lain hadiah sampingan.

Hadiah tersebut disampaikan oleh para juri pertandingan akhir Miss World Malaysia 2018 iaitu Nabila Huda dan Carmen Soo.

Selain itu, Larissa turut memenangi Anugerah Ratu Fotogenik dan Anugerah “Top Talent” pada majlis yang bertemakan “Beauty With Purpose” di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Beliau akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di Sanya, China pada 8 Disember tahun ini.

Larissa diapit bersama pemenang dan peserta akhir Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Larissa diapit bersama pemenang dan peserta akhir Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Tempat kedua pula dimenangi oleh Shannen Jade, 24, dari Kuala Lumpur yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000, trofi, selempang dan sejambak bunga.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Naomi Sim, 26 dari Sarawak dengan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000, trofi, selempang dan sejambak bunga.

Sementara itu, pertandingan akhir Miss World Malaysia ini turut menyaksikan perebutan gelaran dan anugerah sampingan lain.

Antaranya ialah gelaran ‘People Choice dan 'Top Model’ yang dimenangi peserta Sarawak berusia 23 tahun iaitu Francisca Luhong James; Anugerah ‘Miss Personality’ oleh Zane Wong, 22, dari Kuala Lumpur dan gelaran ‘Miss Elegance” dimenangi Shannen Jade.

Majlis itu dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta beberapa tetamu kenamaan yang lain.

Dari kiri, Larissa bersama peserta lain yang berentap pada pertandingn akhir  Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Dari kiri, Larissa bersama peserta lain yang berentap pada pertandingn akhir Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam tadi. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
  • oleh
  • Advertisement