Anda di sini

Pemilik stor mercun ditangkap selepas buat laporan tuntut insurans

Advertisement
 

SIBU: Hasrat seorang peniaga untuk menuntut wang insurans susulan kebakaran stor penyimpanan mercun miliknya di Lorong 31A, Jalan Ding Lok Kong pada Jumaat lalu, berkecai selepas dia ditangkap kelmarin.

Dalam insiden minggu lepas, kebakaran yang memusnahkan sebuah kilang kayu membuat pintu telah merebak ke stor tersebut.

Lelaki berusia 38 tahun yang bergegas ke lokasi sekitar 11.30 malam selepas dimaklumkan mengenai kejadian, mendapati barang-barang miliknya termasuk 58 kotak bunga api yang tamat tempoh telah hangus terbakar.

Keesokan harinya, dia laporan polis di Balai Polis Sungai Merah bagi tunjuan menuntut insurans sekitar 7.26 malam.

Pegawai perlesenan ASP Wong Tee Kue yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki sebarang lesen dan permit untuk mengimport dan menyimpan bunga api.

Polis kemudian bertindak menangkap pengadu kerana didapati menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Suspek yang menjalankan perniagaan berkaitan kargo telah ditangkap dan akan direman pagi ini," jelasnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
 

Berita berkaitan: Kilang kayu musnah terbakar

                          Bomba bergelut kawal kebakaran, angin kuat sukarkan operasi

  • oleh
  • Advertisement