Anda di sini

Bomba berjaya pujuk lelaki Indonesia turun dari menara telekomunikasi

Advertisement
Lelaki berusia 35 tahun itu berjaya dipujuk dan dibawa turun oleh pasukan bomba.
Lelaki berkenaan berjaya dipujuk dan dibawa turun oleh pasukan bomba. - Gambar ihsan bomba

KANOWIT: Seorang lelaki warganegara Indonesia yang nekad memanjat sebuah menara telekomunikasi di Bukit Memaloh selepas dipercayai berselisih faham dengan rakan sekerja, akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata, lelaki, 35, berjaya dipujuk dan dibawa turun dari aras 150 meter menara berkenaan kira-kira pukul 3.51 petang.

Katanya, pada kira-kira jam 3.20 petang dua anggota bomba naik ke atas menara berkenaan untuk memujuknya.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memujuk mangsa sebelum dia berjaya dibawa turun beransur-ansur melalui tepi menara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Arrahman berkata, sebaik sahaja berjaya diturunkan menggunakan kaedah tali menyelamat, lelaki tersebut kemudian segera ditenangkan bagi memudahkan usaha mendapatkan butiran peribadinya.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai pemotong kayu di Nanga Dap, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Difahamkan, lelaki berkenaan disedari berada di menara berkenaan sekitar 8 pagi Isnin sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. 

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada kira-kira jam 4.10 petang.

Berita berkaitan: 

Panjat menara telekomunikasi selepas selisih faham dengan rakan sekerja 

Bermalam di atas menara telekomunikasi 

Lelaki panjat menara telekomunikasi, lempar objek ke arah bomba yang cuba menyelamat

  • oleh
  • Advertisement