Anda di sini

Panjat menara telekomunikasi selepas selisih faham dengan rakan sekerja

Advertisement
Salah seorang pemilik kedai di Kanowit menggunakan teropong untuk melihat lelaki yang berkeras enggan turun dari menara telekomunikasi tersebut.
Salah seorang pemilik kedai di Kanowit menggunakan teropong untuk melihat lelaki yang berkeras enggan turun dari menara telekomunikasi tersebut.

KANOWIT: Perselisihan faham dengan rakan sekerja di ladang kelapa sawit di Nanga Dap dipercayai menjadi punca lelaki bertindak memanjat sebuah menara telekomunikasi di Bukit Memaloh pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata ia berdasarkan maklumat diperolehi menerusi perbualan lelaki terbabit yang merupakan warga Indonesia dengan seorang anggota polis pagi tadi.

Arrahman berkata, pada kira-kira jam 10.07 pagi, seorang anggota polis telah memanjat menara berkenaan selepas dibenarkan oleh lelaki berkenaan.

"Berdasarkan perbualan mereka, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Randie dan berasal dari Indonesia.

"Katanya, dia bekerja sebagai pemotong kayu di ladang kelapa sawit berkenaan," kata Arrahman yang turut memberitahu lelaki tersebut turut diberi makanan pada jam 10.33 pagi.

Menurut beliau, lelaki terbabit tiba-tiba menangis apabila anggota polis berkenaan cuba memujuknya turut dari menara tersebut.

Selain itu, lelaki itu turut mengancam untuk terjun dari menara berkenaan sekiranya anggota polis terbabit terus menghampirinya.

Katanya, bimbang akan keselamatan lelaki terbabit, anggota polis terbabit mengambil keputusan untuk turun dari menara tersebut.

  • oleh
  • Advertisement