Anda di sini

MAHB lancar STOLport di Bario yang baharu dinaik taraf

Advertisement
 Raja Azmi memotong reben sebagai simbolik pelancaran rasmi lapangan terbang STOL Bario yang sudah dinaik taraf, sambil disaksikan Aminuddin (dua kiri) dan wakil pengurusan kanan MAHB yang lain.
BERMANFAAT: Raja Azmi memotong reben sebagai simbolik pelancaran rasmi lapangan terbang STOL Bario yang sudah dinaik taraf, sambil disaksikan Aminuddin (dua kiri) dan wakil pengurusan kanan MAHB yang lain.

MIRI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semalam melancarkan lapangan terbang Landasan Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) di Bario yang baharu siap diubah suai.

Pelancaran bangunan baharu terminal STOLport di Bario itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin yang memberitahu, STOLport telah beroperasi selama 22 tahun sejak 1996.

“Banyak yang telah dicapai melalui STOLport terutama kepada penduduk setempat.

“Sebagai tambahan untuk menghubungkan penduduk tempatan dan orang luar ke pedalaman, STOLport juga berfungsi sebagai salah satu cara Malaysia Airports menyumbang semula kepada komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat kami,” katanya berucap merasmikan majlis pelancaran STOLport Bario semalam.

Raja Azmi mendedahkan, antara kemudahan yang dinaik taraf di bangunan terminal STOLport termasuk kawasan menunggu yang lebih selesa untuk penumpang, tempat letak kereta serta parkir motosikal yang baharu serta struktur dalaman dan luarannya.

“Dengan kekerapan penerbangan ke Bario selepas dinaik taraf, saya percaya sektor ekopelancongan di dataran tinggi ini akan berkembang dengan pesat.

“Pada masa yang sama, piawaian ekonomi akan meningkat dan ini pasti akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi untuk penduduk di kawasan tanah tinggi Bario,” katanya lagi.

Raja Azmi mendedahkan bahawa peningkatan STOLport Bario juga dapat meningkatkan pengendalian pesawat daripada 21 sebelum ini kepada 28 pesawat seminggu.

“Saya juga ingin ambil perhatian bahawa STOLport di Bario adalah STOLport yang telah mencapai peningkatan besar sebanyak 4.4 peratus daripada segi penumpang yang dikendalikan pada 2017 kepada 25,100 orang, berbanding 24,080 orang pada tahun sebelumnya,” tambah beliau lagi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MASwings Aminuddin Zakaria.

Hari ini MAHB mempunyai 39 lapangan terbang di Malaysia yang terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Landasan Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOL).

  • oleh
  • Advertisement