Anda di sini

Program pertemuan semula Alumni SBPS 1987

Advertisement

KOTA KINABALU: Program Pertemuan Semula Perdana Alumni Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) Ambilan 1987 akan diadakan pada Oktober 2018.

Perancangan tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja program yang dipengerusikan oleh Suzan Paul Baklin pada Jumaat.

Menurut Suzan, program tersebut dirancang untuk mengumpulkan semula alumni SBPS ambilan 1987 sebelum mengatur perancangan lanjut bagi melaksanakan program bersama Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS).

“Mengambil kira cadangan alumni SBPS ambilan 1987 yang rata-rata mahu memberikan pelbagai bentuk sumbangan kepada bekas sekolah kami, inisiatif ini diambil untuk mengumpul semua data melibatkan alumni SBPS ambilan 1987.

“Setakat ini, kita berjaya mengumpul lebih 70 peratus data dan kita percaya ia akan terus meningkat dalam masa yang singkat.

“Kita juga menyeru agar mana-mana alumni SBPS ambilan 1987 yang belum mendaftarkan diri untuk menghubungi nombor 016-3952662 atau 013-5563384 dalam kadar segera.

“Mesyuarat hari ini (Jumaat) juga sengaja diadakan pada tarikh sambutan Hari Kebangsaan sebagai mengambil semangat perjuangan para nasionalis selain memberikan kesempatan kepada bekas pelajar yang berada di sekitar Kota Kinabalu untuk memanfaatkan cuti umum,” tambah Suzan.a

Advertisement