Anda di sini

Nyawa lima kanak-kanak Perancis terancam selepas bangunan terbakar

Advertisement
 Anggota bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilliers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Thomas Samson/Gambar AFP
DETIK MENCEMASKAN: Anggota bomba dilihat berkumpul di sebatang jalan selepas kebakaran meletus di Aubervilliers, sebuah subbandar di utara Paris, Perancis kelmarin. — Gambar Thomas Samson/Gambar AFP

PARIS: Satu kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran Paris kelmarin telah menyebabkan tujuh orang mengalami kecederaa serius termasuk lima kanak-kanak yang berada dalam keadaan “nyawa terancam,” menurut anggota bomba.

Kira-kira 16 orang termasuk 10 anggota polis dan seorang anggota bomba telah turut mengalami kecederaan ringan dalam kebakaran di Aubervilliers, timur laut Paris, yang kemudian berjaya dikawal, kata perkhidmatan bomba.

Di pekan yang sama kurang dari sebulan lepas, satu kebakaran di sebuah kompleks perumahan telah mengorbankan seorang ibu dan tiga anaknya berusia 18 bulan hingga enam tahun, dan menyebabkan sembilan lagi tercedera.

Kira-kira 100 anggota bomba telah diperlukan bagi menangani kebakaran kelmarin, yang merebak hingga bahagian loteng sebuah ba-ngunan dua tingkat.

Menurut seorang sumber polis, penghuni bangunan telah menggunakan tingkap untuk menyelamatkan diri dari kebakaran sementara yang lain telah berlindung di atas bumbung.

Punca kebakaran masih belum diketahui, tambah perkhidmatan bomba.

“Aubervilliers telah se-kali lagi dilanda kebakaran yang serius,” datuk bandar di pekan tersebut Meriem Derkaoui menyatakan dalam Twitter, sambil menambah bahawa kawasan kebakaran merupakan sebuah kediaman peribadi namun pekan tersebut perlu untuk melihat kepada keadaan penempatannya. — AFP

Advertisement