Anda di sini

POD Penampang anjur 1PRAC dan 2PAC

Advertisement
JAWATANKUASA POD Penampang, (depan dari kiri) Karen Vernon (Setiausaha), Vyroni Masital (Naib Presiden 2), Denve Thomblon (Presiden), Wallace Thomblon (Naib Presiden 1), Heidi Herman (Bendahari). (Belakang dari kiri) Boniventur Panicker (AJK), Jelumie Bulangkau (AJK), Cyrill Jusin (AJK), Beverly Chia (AJK). Timbalan Presiden, Freddie Insiong dan seorang lagi AJK, Izharizan Jablun tiada dalam gambar.

KOTA KINABALU: Persatuan Olahraga Daerah Penampang (POD Penampang) akan menganjurkan kejohanan Penampang Relay Athletics (1PRAC) buat julung kalinya di Kompleks Sukan Penampang pada 20 Ogos depan.

Presiden POD Penampang, Denver Thomblon berkata, kejohanan itu adalah salah satu dari dua acara yang sah akan dianjurkan persatuan itu tahun ini.

Satu lagi kejohanan adalah Kejohanan Olahraga Penampang Kedua 2018 (2PAC) yang dijadualkan pada Disember.

Denver dalam kenyataan pada Rabu berkata, 1PRAC hanya melibatkan acara lari berganti-ganti dan penyertaannya terbuka kepada sekolah-sekolah serta kelab-kelab olahraga.

Edisi kedua Kejohanan Olahraga Penampang pula mempertandingkan kebanyakan acara padang dan balapan dan penyertaannya adalah terbuka termasuk kepada peserta luar negeri.

"Kami berharap kedua-dua kejohanan ini dimanfaatkan terutamanya oleh atlet negeri ini untuk mengetengahkan bakat mereka. Ini adalah sumbangan kecil kami untuk menyediakan ruang dan peluang kepada atlet mempunyai pertandingan untuk disertai," katanya.

Menurutnya, POD Penampang telah menganjurkan dengan jayanya edisi pertama Kejohanan Olahraga Penampang pada 8-10 Disember 2016.

Kejohanan itu disertai hampir 600 atlet tempatan, Brunei dan Sarawak termasuk Flying Dayak Club yang diasaskan bekas Raja Pecut negara, Watson Nyambek.

Atlet kebangsaan Sabah seperti Eddie Edward Junior dan Fathin Faqihah turut mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftaran penyertaan bagi kejohanan 1PRAC diminta menghubungi Denver (0198807662) atau emel ([email protected]).

  • oleh
  • Advertisement