Anda di sini

Rogol anak tiri: Lelaki tempatan kena 13 tahun, satu sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara 13 tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merogol anak tirinya.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun, selepas mengaku salah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun pada waktu kejadian, pada 19 November 2016 jam 12.01 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Tuaran.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, penjara antara sepuluh tahun hingga 30 tahun dan sebat.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh merogol mangsa yang sedang tidur dan mengugut agar tidak memberitahu hal itu kepada orang lain.

Mangsa tinggal dengan ayah tirinya di kampung terbabit, manakala ibunya bekerja di Kuala Lumpur.

Mangsa juga dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan, dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Pada 16 November tahun lalu, tertuduh tampil di balai polis untuk menyerah diri, disamping mengaku merogol mangsa.

Semasa rayuan, peguam Henry Gudid memohon agar tertuduh dikenakan hukuman yang ringan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja meminta hukuman yang berat dikenakan, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement