Anda di sini

Sang bedal ditembak mati

Advertisement
 Buaya jantan yang berjaya ditembak mati oleh penduduk Kampung Empelam, awal pagi semalam.
BESAR: Buaya jantan yang berjaya ditembak mati oleh penduduk Kampung Empelam, awal pagi semalam.

KABONG: Seekor buaya yang dipercayai sering membaham ternakan di Kampung Emplam di sini tumpas di muncung senapang penduduk, awal pagi semalam.

Buaya jantan sepanjang lima meter terbabit ditembak menggunakan senapang patah ketika memasuki bahagian bawah rumah penduduk.

Ketua Kampung Emplam Boestamam Bakar berkata, kehadiran buaya tersebut disedari seorang penduduk sekitar jam 2.30 pagi selepas terdengar bunyi bising ternakannya di bawah rumah.

“Risau dengan keadaan itu, penduduk berkenaan bertindak menyuluh bahagian bawah rumahnya dan terkejut apabila mendapati seekor buaya besar bersedia untuk menyerang ternakannya.

“Penduduk terbabit kemudian bertindak menghubungi seorang penduduk kampung yang memiliki senapang dan akhirnya buaya berkenaan berjaya dibunuh,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Kejadian buaya menceroboh ke kawasan kampung itu bukannya sesuatu yang baharu, malah ia kali kedua berlaku dengan kali pertama buaya turut berjaya ditangkap penduduk.

Kampung Emplam terletak di tebing Sungai Seblak yang terkenal dengan populasi buaya yang tinggi dan kerap kali menyerang manusia serta ternakan seperti ayam, itik malah kambing.

Advertisement