Anda di sini

Rogol budak: Datuk, bapa saudara direman lanjut

Advertisement
 Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret oleh anggota polis untuk proses reman.
REMAN LANJUT: Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret oleh anggota polis untuk proses reman.

SIBU: Dua suspek kes rogol seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Durin baru-baru ini diperintah ditahan reman lanjut selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Suspek yang juga datuk dan bapa saudara mangsa, telah ditahan reman selama tujuh hari pada 7 September lepas bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, diperintah dihadapkan semula di mahkamah Rabu depan.

  Berdasarkan laporan sebelum ini, kes terbongkar pada 2 September lalu ketika mangsa memberitahu ibunya bahawa dia diperkosa beberapa kali oleh kedua-dua suspek.

Datuk mangsa berusia 53 tahun manakala bapa saudaranya berusia 25 tahun, dipercayai melakukan perbuatan keji tersebut sejak tahun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah panjang di Sungai Durin. Ketika kejadian, mangsa tinggal di rumah datuknya manakala ibunya tinggal di Mukah.

Difahamkan, datuk mangsa baharu dibebas dari penjara tahun lepas selepas menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan atas kesalahan merogol kakak pengadu pada tahun 2008.

Kedua-dua suspek ditangkap di lokasi berasingan di mana datuk mangsa ditahan di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, sementara bapa saudaranya ditahan semasa bekerja di sebuah kilang kayu di Durin.

Advertisement