Anda di sini

Tun Taib kurnia Pingat Darjah Kebesaran Negeri

Advertisement
__alt__
__alt__

Tun Salahuddin mengetuai senarai penerima pingat yang diadakan sempena Hari Jadi Ke-81 TYT

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin mengetuai senarai 24 penerima Pingat Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena Ulang Tahun Ke-81 di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Tun Salahuddin menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Satria Bintang Sarawak (SBS) yang membawa gelaran Pehin Sri.

Manakala Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dikurniakan Darjah Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim mendahului penerima Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) bersama Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem dan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu, lima menerima Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Datuk Abdul Ajis Abdul Majeed dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu yang diketuai oleh Datu Safri Zainudin.

Turut menerima pingat yang sama, Datu Ir Zuraimi Sabki, Datu William Patrick Nyigor dan Datu Michael Dawi Alli.

Majlis tengah hari semalam diakhiri dengan pengurniaan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang merekodkan penerima paling ramai iaitu seramai sepuluh orang.

Hadir sama pada istiadat pengurniaan tersebut isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan dif-dif kehormat lain.

Advertisement