Anda di sini

Pengarah syarikat didenda gagal kemuka cukai GST

Advertisement
 Ahmad Fitri didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, semalam atas enam kesalahan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh yang ditetapkan bagi April 2015 hingga November 2015. — Gambar Bernama
DIDENDA: Ahmad Fitri didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, semalam atas enam kesalahan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh yang ditetapkan bagi April 2015 hingga November 2015. — Gambar Bernama

ALOR SETAR: Seorang pengarah syarikat pembinaan dikenakan hukuman denda RM6,00 bagi keseluruhan enam kesalahan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Fitri Zainol Abidin, 53 dari Illiasco Corporation Sdn Bhd, mengaku bersalah terdapat semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Dia dikenakan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan turut berdepan hukuman tiga bulan penjara bagi setiap peruduhan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia didakwa gagal mengemukakan penyata GST dari Jun  2015 hingga Januari 2016 mengikut Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta yang sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Mohd Ridhauddin Jamaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Advertisement