Anda di sini

Gempa bumi: APM Sandakan pantau fizikal bangunan tinggi

Advertisement

SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan melakukan pemeriksaan dan pemantuan fizikal terhadap bangunan tinggi di bandar ini susulan kejadian gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter pada jam 12.26 pagi semalam.

Pegawai APM Sandakan Left Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata tiada laporan kerosakan harta benda di daerah ini dan Beluran diterima berikutan kejadian gempa bumi itu.

“Sehingga kini tiada sebarang maklumat dan panggilan daripada orang awam diterima mengenai kerosakan harta benda.

“Anggota APM Sandakan membuat rondaan di sekitar daerah ini selain melakukan pemeriksaan dan pemantauan fizikal terhadap bangunan tinggi seperti Harbour Mall, Wisma Majlis Perbandaran Sandakan dan Lee Piang Kee,untuk mengesan sebarang kerosakan,” katanya di sini semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, lokasi gempa bumi terletak 5.7 utara dan 117.5  timur, 25km barat daya dari Beluran, Sabah dan 267km barat laut dari Tarakan, Indonesia.

Menurut  kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Sandakan dan Beluran namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — Bernama

Advertisement