Anda di sini

Kereta terbalik, jari telunjuk putus

Advertisement

KUCHING: Jari telunjuk terputus gara-gara kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Lapangan Terbang di sini, lewat malam kelmarin.

Kemalangan yang bagai mimpi ngeri seorang lelaki berusia 35 tahun itu berlaku ketika dia bersama adik lelaki, 29, serta adik iparnya, 24, dalam perjalanan pulang selepas berjumpa rakan mereka sekitar jam 11.30 malam.

Menurut sumber, kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa berasal dari Serian itu hilang kawalan ketika meneruni jejambat lalu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

“Impak daripada itu, jari telunjuk tangan kanan mangsa terputus dipercayai akibat terkena serpihan kaca,” kata sumber.

Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Advertisement