Anda di sini

Abd Aziz timbalan presiden

Advertisement
 Mohamad Norza (tengah) bersama (dari kiri), Lawrence, Lim, Abdul Aziz, Ng, Subramanian dan Mohd Taupik pada Mesyuarat AGM Ke-72 dan Mesyuarat Majlis Khas BAM semalam. — Gambar Bernama
GANDINGAN BAHARU: Mohamad Norza (tengah) bersama (dari kiri), Lawrence, Lim, Abdul Aziz, Ng, Subramanian dan Mohd Taupik pada Mesyuarat AGM Ke-72 dan Mesyuarat Majlis Khas BAM semalam. — Gambar Bernama

Mohamad Norza dipilih presiden baharu BAM bagi penggal 2017-2021

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasminya menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat suara oleh Ahli Majlis badan induk itu bagi penggal 2017-2021.

 Mohamad Norza menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkuat kuasa semalam sekali gus menyaksikan BAM masih mengekalkan tradisi 32 tahun tidak mempertandingkan jawatan tertinggi sukan itu.

 Beliau akan dibantu dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.

 Jawatan setiausaha kehormat BAM masih disandang Datuk Ng Chin Chai yang mengekalkan jawatan itu selama tujuh tahun berturutturut manakala Datuk V Subramaniam dipilih memegang jawatan bendahari.

 Sebelum ini, jawatan nombor satu sukan itu menjadi tumpuan apabila tercetusnya ‘gentlemen’s agreement’ iaitu perjanjian antara Mohamad Norza, Tengku Mahaleel dan bekas pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengenai jawatan kerusi panas itu.

 Namun, isu tersebut selesai setelah Mohamed Al Amin bersetuju memberi laluan kepada Mohamad Norza selepas diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang turut dihadiri Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Seri Perdana.

 Ahli majlis BAM juga bersetuju melantik Mohamed Al Amin sebagai Penasihat BAM dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew.

 — Bernama

Advertisement