Anda di sini

Badminton: Chong Wei terpaksa akur tumpas di tangan Lin Dan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei sekali lagi kecundang di tangan pemain sensasi China, Lin Dan sekali gus gagal mara ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) berlangsung di Wuhan, China semalam.

 Chong Wei juara bertahan terpaksa akur dengan ketangkasan musuh tradisinya itu apabila tewas 13-21 dan 15-21 dalam aksi separuh akhir berlangsung selama 52 minit, demikian menurut laman web kejohanan bwf. tournamentsoftware.com.

 Untuk rekod, Chong Wei menjuarai kejohanan berkenaan pada 2006 dan 2016.

 Kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan berentap adalah pada final Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak awal bulan lalu menyaksikan Lin Dan muncul juara.

 Lin Dan akan berdepan Chen Long pada final hari ini.

 — Bernama

Advertisement