Anda di sini

Stella jejas jutaan penduduk Pantai Timur AS

Advertisement

Taufan kuat dan salji tebal pada penghujung musim sejuk, perintah darurat diumumkan

 Jentera berat membersihkan salji dari lebuh raya ketika sebuah pesawat American Airlines berlepas dalam ribut salji di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago, Illinois kelmarin. — Gambar Reuters
SIAP SEDIA: Jentera berat membersihkan salji dari lebuh raya ketika sebuah pesawat American Airlines berlepas dalam ribut salji di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago, Illinois kelmarin. — Gambar Reuters

NEW YORK: Beberapa kawasan besar di Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan keadaan darurat, membatalkan penerbangan dan menutup sekolah manakala ribuan penduduk bersiap sedia untuk taufan salji terburuk di wilayah tersebut pada musim ini semalam.

Taufan Salji Stella dibimbangi membawa salji setebal dua kaki di New York, digabung dengan ribut selaju 100 kilometer sejam, untuk menyebabkan keadaan bersalji yang berbahaya.

Ramalan itu menangguhkan pertemuan pertama di antara Presiden Donald Trump dan Canselor Jerman Angela Merkel di Washington sehingga Jumaat, dan menyaksikan New York dan New Jersey mengisytiharkan keadaan darurat.

Jabatan Cuaca Negara (NWS) mengeluarkan amaran ribut salji selama 24 jam bermula tengah malam Isnin bagi bandar raya terbesar di Amerika, menuju ke Connecticut di utara dan New Jersey di selatan.

Amaran taufan tambahan dipaparkan dari Maine ke Virginia, ke selatan Washington, di mana Jabatan Taman Negara memberi amaran bahawa keadaan sejuk dapat menghapuskan sehingga 90 peratus daripada bunga ceri yang begitu disukai di ibu negara.

Lebih 6,800 penerbangan di AS dibatalkan kelmarin dan semalam (Selasa), dengan lapangan terbang di New York, Boston, Baltimore, Washington dan Philadelphia paling terjejas, menurut khidmat penjejakan FlightAware.

Skeolah akan ditutup di New York, beberapa bahagian di Connecticut, Massachusetts dan Rhode Island.

Di New York City, yang mempunyai 8.4 juta penduduk, Datuk Bandar Bill de Blasio mengisytiharkan keadaan darurat bermula tengah malam.

Namun de Blasio tidak mengambil sebarang peluang, dengan 16 hingga 24 inci salji diramalkan dan pengumpulan salji secepat dua hingga empat inci sejam.

Kita sedang menjejaki taufan besar dengan keadaan ribut salji,” katanya.

Paling serius sekali mungkin setebal 24 inci yang akan meletakkan ini dalam kategori salah satu ribut salji terbesar dalam ingatan.”

New York pada 2016 mengalami ribut salji terbesar dalam sejarah bandar raya tersebut dengan rekod 27.3 inci yang turun di Central Park dalam tempoh 24 jam. Taufan Salji Jonas melumpuhkan beberapa bahagian di timur laut negara dan mengorbankan 18 orang.

Taufan Salji Stella terbentuk berhampiran pantai, iaitu pertembungan di antara dua sistem tekanan rendah yang dijangka membawa salji paling tebal ke New York, beberapa bahagian di Connecticut, Massa-chusetts, New Hampshire, Pennsylvania dan Vermont.

Kami menjangka ia akan menjadi salji terburuk pada musim ini,” kata pakar meteorologi NWS Melissa Di Spigna, ekoran suhu musim salji yang berada jauh di atas paras normal pada tahun ini.

Gabenor New York Andrew Cuomo mengarahkan penduduk menyediakan bekalan makanan untuk tempoh tujuh hingga 10 hari, selain air botol. — AFP

Advertisement