Anda di sini

TEAM D’ Rentap juara Badminton Piala KPD Betong

Advertisement

BETONG: TEAM D’ Rentap dari Betong muncul juara setelah menewaskan TTE (A) dari Spaoh dengan 2-1 pada aksi penentuan Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah (KPD) Betong 2014 di Dewan IPD Betong, Ahad lalu.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi pasukan IPD Betong A.

Sebanyak sembilan pasukan berentap merebut gelaran pada kejohanan tersebut iaitu IPD Betong A, IPD Betong B, TTE A, TTE B, Tangkis Sari A, Tangkis Sari B, Galaxy RC1, Galaxy RC 2 dan TEAM D’ Rentap.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar.

Hadir sama Ketua Bahagian Jenayah Daerah Betong yang juga pengerusi kejohanan, Inspektor Mohamed Saiful Mustapa.

Terdahulu diadakan kejohanan sama bagi ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) bagi merebut Piala Pengerusi PERKEP IPD Betong 2014.

Sebanyak empat pasukan berentap dan Mawar Merah Jambu (Kumpulan D) diketuai Izahinderawati Limat muncul juara diikuti Kumpulan C, naib juara dan Kumpulan B di tempat ketiga.

Hadiah pemenang disampaikan Pengerusi PERKEP IPD Betong, Kilan Cahaya Hanapi.

Kejohanan berlangsung pada 11 hingga 13 April lalu diadakan secara liga dan merupakan salah satu aktiviti anjuran IPD Betong bagi memeriahkan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-207.

Advertisement