Anda di sini

Diplomat tertinggi baharu AS temui rakan sejawatan dari Kanada, Mexico

Advertisement

WASHINGTON: Diplomat tertinggi baharu Washington, Setiausaha Negara Rex Tillerson, bertemu dengan rakan-rakan sejawatan dari Kanada dan Mexico kelmarin di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Presiden Donald Trump.

Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) merupakan anggota blok perdagangan bebas NAFTA, yang dilabel oleh Trump sebagai “malapetaka” bagi pekerjaan di Amerika dan mengugut untuk membincangkannya semula.

Pemimpin baharu AS itu juga menuntut agar Mexico membayar untuk tembok antiimigresen yang beliau ingin bina di sempadan selatan Amerika, mungkin menerusi tarif import.

Negara-negara jiran itu selama ini begitu rapat se-hinggakan sidang kemuncak di antara mereka digelar “Tres Amigos” sejak beberapa tahun lalu. Memelihara hubungan yang erat merupakan satu tugasan yang penting bagi Tillerson.

Namun Mexico khususnya tersinggung dengan desakan Trump agar mereka membayar untuk tembok itu, dan Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland telah menjelaskan Ottawa juga tidak menyokong tarif.

Kanada akan menjawab sewajarnya,” beliau memberi amaran di satu sidang akhbar selepas pertemuannya di Jabatan Negara.

Kami tidak tahu apa pendirian AS nanti berhubung pendapat tentang tarif.”

Menteri Luar Mexico Luis Videgaray pernah meng-ulangi pandangan presiden-nya, Enrique Pena Nieto, bahawa Mexico tidak akan membayar untuk tembok itu, sambil menggambarkan pendirian itu sebagai “tidak dapat dirunding”.

Satu kenyataan lewat oleh Jabatan Negara menyebut Tillerson dan Videgaray meng-adakan perbualan “membina” yang menyentuh tentang pe-nguatkuasaan undang-undang, migrasi dan keselamatan.

Kedua-dua mereka “meng-alu-alukan kerjasama dalam hubungan asas di antara kedua-dua negara kami”, tambahnya, dan memberi-tahu Tillerson dijadual me-lawat Kota Mexico.

Lawatan Videgaray tidak diumumkan dalam jadual awam setiausaha AS itu dan kedua-dua mereka tidak membenarkan pemberita untuk memasuki bilik pertemuan, tetapi beliau bercakap seketika kepada pemberita berbahasa Sepanyol ketika beliau meninggalkan tempat pertemuan.

Ia adalah pertemuan pertama yang baik,” kata Videgaray. “Kami bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan kerap.”

Nyata sekali, kami kini berada pada waktu penentuan dalam hubungan (dua hala),” tambahnya dalam satu wawancara dengan Radio Formula.

Dan kerajaan Mexico akan terus bekerja dengan sikap yang positif dan membina untuk mencapai perjanjian yang baik, selagi ia dilakukan dalam suasana yang menghormati rakyat Mexico.” — AFP

Advertisement