Anda di sini

UTC Keningau beri impak besar kepada kawasan pedalaman

Advertisement

 Liew (dua kanan) menyerahkan kunci UTC Keningau kepada Hajiji. Turut kelihatan Ginun (kiri), Yusop (dua kiri), Osman (tiga kanan) dan Rafik.

KEMUDAHAN: Liew (dua kanan) menyerahkan kunci UTC Keningau kepada Hajiji. Turut kelihatan Ginun (kiri), Yusop (dua kiri), Osman (tiga kanan) dan Rafik.

KENINGAU: Menteri Kera­jaan Tempatan dan Peru­mahan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata pewujudan Pusat Transfor­masi Bandar (UTC) Keningau akan memberi impak besar kepada kawasan pedalaman daerah ini.

Katanya UTC Kenin­gau bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk daerah ini tetapi juga kepada penduduk daerah Tambu­nan, Nabawan, Tenom dan Sipitang yang mana boleh membuat urusan berkaitan jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di pusat berk­enaan.

“Selain itu, saya juga per­caya UTC Keningau akan menjadi ikon dan satu lagi tarikan untuk melawat dae­rah ini,” katanya pada majlis penyerahan kunci bangunan UTC Keningau, di sini, kel­marin.

Hajiji berkata kehadiran orang ramai dari luar daerah akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi para peniaga di daerah ini.

Beliau juga difahamkan bahawa perasmian UTC Keningau bersama UTC Tawau akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun hadapan.

“Perdana Menteri telah memperkenalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 2009 dan salah satu inisiatif NBOS ini adalah pembukaan UTC.

“Saya diberitahu UTC Keningau adalah yang ke-17 di Malaysia dan yang ketiga di Sabah selepas di Kota Kina­balu dan Tawau,” katanya.

Beliau berkata keutama­an perkhidmatan di UTC melibatkan sepuluh kluster seperti perkhidmatan guna sama kerajaan, perkhidma­tan kesihatan, pusat aktiviti belia, perkhidmatan utiliti, perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan perbankan, pembangunan usahawan dan peluang perniagaan, perkhid­matan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perkhid­matan kebajikan, perkhid­matan latihan, pendidikan dan pekerjaan.

Menurut beliau pada awal perancangan, UTC Keningau hanya diberi status Mini-UTC dan telah diubah kepada UTC penuh kerana memenuhi kriteria dan boleh beroperasi sebagai UTC penuh.

“Saya dimaklumkan ba­hawa perancangan pewujudan UTC Keningau bermula pada awal April 2015 dan lokasi

yang dipilih adalah bangunan sedia ada iaitu pasar makan lama milik Majlis Daerah.

“Beberapa siri mesyuarat peringkat daerah telah diad­akan antara pihak Kemente­rian Kewangan Persekutuan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Daerah, UTC Sabah, Majlis Daerah serta semua agensi dan jabatan yang akan beroperasi di bangunan UTC bagi penila­ian dan perancangan pewuju­dan UTC Keningau.

“Pembinaan telah dimu­lakan pada 20 Jun tahun ini dengan tempoh penyiapan selama empat bulan dengan kos RM29 juta oleh syari­kat tempatan Keningau, Sri Jutaya Sdn Bhd. Bangunan UTC telah siap pada 19 Okto­ber lalu dan operasi awal telah bermula pada 9 November oleh Kilinik 1Malaysia,” katanya.

Hajiji berkata terdapat sepuluh jabatan, agensi dan syarikat yang beroperasi di bangunan UTC Keningau iaitu Majlis Daerah, Klinik 1Malaysia, Jabatan Pen­daftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pen­gangkutan Jalan, Perbadanan Pinjaman Sabah, Polis Diraja Malaysia, Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pusat Kecergasan Majlis Daerah dan Rakyat Superstore Keningau.

“Penubuhan UTC Ken­ingau ini adalah hasil usaha kerajaan negeri dan Perseku­tuan di mana Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman telah meluluskan pe­milihan dan pewujudan UTC Keningau. Manakala kos pembiayaan pembinaan UTC Keningau adalah daripada Kerajaan Persekutuan,” ka­tanya.

Advertisement