Anda di sini

Tindakan pantas halang stor tong gas terbakar

Advertisement

PERIKSA: Kelihatan beberapa anggota bomba memeriksa keadaan stor berkenaan sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

KUCHING: Tindakan pantas beberapa anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan Petra Jaya berjaya menghalang sebuah stor penyimpanan tong gas di Jalan Bako di sini terbakar malam kelmarin.

Menurut jurucakap bomba, kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 8.34 malam di mana empat tong gas yang masih dibaiki turut terbakar.

Bagaimanapun, kira-kira 100 lagi tong gas berjaya diselamatkan dan api dipadamkan beberapa minit sebaik sahaja ketibaan pihak bomba di tempat kejadian.

Difahamkan, dalam insiden tersebut, seorang lelaki dilaporkan tercedera dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki selepas dikatakan terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Mangsa yang tercedera itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan sehingga berita ini ditulis semalam.

Beberapa anggota dari unit Hazardous Material Team (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement