Anda di sini

Bantah usaha kerajaan biarlah berpada-pada

Advertisement

TERIMALAH: Merikan (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Richard sambil disaksikan Dennis (kiri) di Marudi.

MARUDI: Masyarakat yang mahu membantah kerajaan atau terhadap projek dan dasar dilaksanakan kerajaan perlu membantah secara berpada-pada dan bukan membabi buta.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Richard Wil berkata tidak salah jika rakyat mahu membantah khususnya perkara yang perlu tetapi bukannya secara membabi buta seperti yang dilakukan oleh pembangkang yang membantah hampir setiap dasar dan projek pembangunan walaupun membawa manfaat kepada rakyat.

“Jika kita menyertai politik kerana mahu membantah, pastikan apa atau perkara yang kita bantah adalah perlu dan berpatutan bukannya membantah secara membuta tuli seperti pembangkang yang membantah segala perancangan dan projek pembangunan kerajaan hingga ada projek tidak dapat dilaksanakan sedangkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat termasuk mereka,” katanya.

Menurut Richard, keinginan mahu membantah merupakan salah satu aspek utama kenapa sesete-ngah masyarakat khususnya masyarakat Dayak yang mahu menyertai bidang politik.

Manakala sebab kedua ialah kerana mahu membawa kemajuan dan menyalurkan pembangunan kepada rakyat, tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar menerusi parti politik kerajaan yang di-terajui oleh Barisan Nasional (BN).

Richard yang merupakan salah seorang veteran politik kaum Iban di negeri ini memberitahu, beliau sendiri pernah terbabit sebagai pembangkang bersama Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama sembilan tahun sebelum parti itu dibatalkan dan menyertai komponen BN.

“Selama sembilan tahun menjadi pembangkang, apa yang kami lakukan hanyalah membangkang dan membantah segala yang diberikan kerajaan.

“Kita cari sahaja perkara yang kecil untuk diperbesarkan dan menjadikannya satu publisiti murah sahaja termasuk mengenai ketiada-an tong sampah, masalah parit dan sebagainya. Itu bukan membela rakyat tetapi kita dipuji oleh masyarakat kerana kononnya kita berani bercakap, itu semua tidak betul.

“Hari ini, berbeza seperti dahulu kerana masyarakat zaman ini semakin bijak berpolitik dan sedar mana satu parti yang perlu diikuti,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pecah tanah tapak rumah panjang baharu Rumah TR Merikan Tadong di Lobang Kompeni di sini.

Beliau turut menasihatkan pengundi di kawasan Poyut/Lubok Nibong dan kontituensi Telang Usan supaya sentiasa memberi sokongan penuh kepada BN dan wakil rakyatnya di kawasan ter-sebut iaitu ADUN Marudi, Datuk Sylvester Entri dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.

“Kedua-dua wakil rakyat ini amat rajin dan sentiasa bekerja keras untuk penduduk di kedua-dua kawasan DUN di Baram ini dan jangan pula nanti kita mengatakan tidak ada pembangunan yang diberi oleh kerajaan sedangkan kita menyaksikan sendiri pembinaan jalan raya lebih baik,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Dennis dan turut dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat setempat termasuk Ketua Masyarakat Iban Bahagian Miri, Temenggung Atong Limping.

Advertisement