Anda di sini

Hari terakhir ADIDAS Fair di CityONE

Advertisement

KUCHING: Syarikat penjual produk sukan, Lea Sports Centre (LSC) sedang mengadakan ADIDAS Fair dari 5 hingga 8 November ini bertempat di Pusat Pameran CityONE, Tingkat 2, CityONE Megamall di sini.

Pelbagai jenis produk Adidas seperti kasut, pakaian dan beg dijual pada potongan harga rendah selama empat hari semasa pameran berkenaan.

LSC dalam kenyataan akhbar semalam berkata pameran berkenaan mendapat sambutan yang memberangsangkan di mana lebih 1,000 pelanggan membanjiri tapak pameran sejak Khamis lalu.

Menurut LSC, pameran berkenaan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai membeli produk sukan Adidas pada harga rendah.

Selain itu, ia memberi peluang kepada LSC mempamerkan pelbagai produk sukan Adidas bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang mereka inginkan.

Pameran akan berakhir hari ini (8 November).

Advertisement