Anda di sini

Bekas banduan antara ditahan kerana ragut

Advertisement

SIBU: Polis memberkas em­pat suspek termasuk seorang bekas banduan kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di sekitar bandar ini.

Empat suspek tersebut ditangkap di tiga lokasi beras­ingan termasuk di Jalan Tiong Hua, Jalan Pigeon dan Jalan Langsat dalam operasi mulai jam 4 petang kelmarin.

Kesemua suspek berbangsa Cina dan berumur antara 30-an dan 40-an.

Salah seorang daripada sus­pek dikatakan baharu sahaja keluar dari penjara kira-kira tiga bulan lepas.

Polis turut menjumpai sebuah motosikal diper­cayai motosikal curi yang digunakan untuk melakukan jenayah ragut.

Dua daripada suspek terba­bit direman selama tiga hari bermula semalam.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang remaja berumur belasan tahun di­tahan polis kerana disyaki melakukan khianat den­gan membakar sebuah stor menjual burger kuarters kakitangan di Jalan Circular, baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai ber­laku pada malam Ahad lalu, apabila sekumpulan remaja dipercayai kaki lumba mo­tosikal berkumpul berdeka­tan stor burger berkenaan.

Difahamkan, remaja terba­bit membuat kacau di situ membuat penjual burger berkenaan hilang sabar dan memarahi mereka.

Selepas insiden itu, semua ‘kaki moto’ terbabit beredar dari situ.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kedai burger itu dibakar, namun pen­gadu percaya pengkhianat tersebut ada kaitan dengan mereka yang dimarahi oleh pemilik stor burger pada malam itu.

Bertindak daripada maklu­mat, polis berjaya menahan seorang remaja yang telah dicam oleh pengadu untuk membantu siasatan polis.

 

Advertisement