Anda di sini

Pusat tuisyen, syarikat jualan langsung dipecah masuk

Advertisement

SIBU: Sebuah pusat tuisyen dan bilik mesyuarat sebuah syarikat jualan langsung terletak di tingkat satu rumah kedai di Jalan Suarah dekat sini dipecah masuk sekumpualn tiga  kaki pecah rumah.

Rakaman CCTV mendapati tiga lelaki memakai topi keledar mengambil masa beberapa minit  membuka pagar geriji di tingkat bawah sebelum berjaya naik ke tingkat satu.

Mereka kemudian menyusul ke arah dua premis  di tingkat satu dan berada di situ selama setengah jam.

Mereka dilihat keluar dengan sebuah Equilizer,  projektor serta penegak dan tangki air minuman pada jam 6.30 pagi

Insiden itu disedari seorang kakitangan ketika tiba di pejabat pada jam 8.30 pagi.

Hanya sebuah tabung gas memasak hilang di pusat tuisyen berkenaan.

Beberapa tahun lalu, pusat tersebut kehilangan sebuah komputer peribadi mungkin angkara pencuri yang sama.

Advertisement