MIRI: City Sports mempelawa pasukan futsal tempatan dan luar Miri menyertai Pertandingan CS Futsal Terbuka 2014 dijadualkan pada 6 hingga 9 Mac depan.
Pemilik Kedai Sukan City Sports, Lee Joon Siong berkata pertandingan itu terbuka kepada semua pasukan futsal tempatan dan warga asing yang memiliki dokumen yang sah.
Pertandingan itu terhad kepada 64 pasukan sahaja dan tarikh tutup penyertaan pada 2 Mac, manakala cabutan undi diadakan pada 3 Mac, jam 5.30 petang di Stadium Tertutup Miri.
Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM500 dan RM300 bersama piala dan medal iringan.
Yuran pertandingan sebanyak RM150 setiap pasukan dan mereka berminat boleh mendapatkan borang di Kedai Sukan City Sports Miri di sini.
Semua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Miri dan berdasarkan Peraturan Sukan Futsal Vikings Futsal Internatiol Assocation (VIFA).
Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085-422333.