Anda di sini

Taib ahli politik cemerlang, perancang hebat, kata Jeniri

Advertisement

KUCHING: Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan ahli politik hebat dan cemerlang, dengan visinya yang jelas, tajam dan jauh, kata penganalisis politik ter-kenal Sarawak, Dr Jeniri Amir.

Jeniri, pensyarah ka-nan di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, sepanjang 50 tahun berkecimpung aktif dalam persada politik, Taib merupakan perancang hebat yang sentiasa berada beberapa langkah di hadapan.

“Dengan sentuhan magis beliau, banyak dasar dan rancangan berjaya dilaksanakan dengan memberi manfaat besar kepada rakyat pelbagai etnik di Sarawak.

“Sebagai pemimpin yang memahami aspirasi masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama, Taib berjaya mengemukakan ramuan kukuh untuk menjaga keharmonian sosial sehingga Sarawak menjadi contoh dari segi hubungan etnik,” katanya yang diminta mengulas mengenai keputusan Taib untuk bersara daripada jawatan Ketua Menteri.

Menurut Jeniri lagi, Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan ikon dan mewujudkan legasi yang hebat untuk Sarawak.

Landskap fizikal, ekonomi, perindustrian, pelancongan dan sebagainya sudah berubah, sekali gus memperlihatkan kejayaan beliau dalam mentransformasikan negeri ini, katanya.

“Antara kejayaan besar beliau adalah dapat me-ngurangkan kadar kemiskinan, merapatkan jurang bandar dengan luar bandar, mengukuhkan kesepaduan sosial, dan mewujudkan kestabilan politik.

“Taib berjaya mewujudkan nilai moden dari segi pemikiran dan sikap rakyat Sarawak. Sarawak disegani dan dihormati oleh pemimpin lain kerana keupayaannya meletakkan standard yang tinggi dari segi pembangunan,” ujarnya.

Sambil memberitahu keputusan untuk bersara wajar dihormati semua pihak, beliau berkata kebijaksanaannya telah menjadikan Barisan Nasional (BN) negeri kuat dan disegani.

“Ketegasan, komitmen dan wawasan jelas beliau telah memungkinkan beliau memimpin BN dan PBB khususnya dengan cemerlang sehingga PBB mengukir kejayaan cemerlang dalam setiap pilihan raya,” ujarnya.

Jeniri percaya pengunduran Taib dilakukan setelah benar-benar yakin dengan barisan kepimpinan yang dididiknya selama ini dan mencapai piawaian dikehendakinya.

Tempoh masa sekarang juga dipercayai dapat memberi ruang secukupnya kepada pengganti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum Jun 2016.

“Rakyat tentu mengharapkan Ketua Menteri baharu dapat meneruskan legasi cemerlang Taib dengan terus melonjakkan Sarawak dari semua aspek,” katanya.

Advertisement