Anda di sini

Pemuda didakwa bermain judi di tempat awam

Advertisement
 

MIRI: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan bermain judi di tempat awam.
    
Tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu kemudian diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM1,800 berserta dua penjamin tempatan.
    
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Jun depan untuk pengurusan kes.
    
Muhd Nurhafis Mohd Hanis, 22, dari Kampung Lereng Bukit di sini telah didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 pagi, 16 Mei lalu di sebuah lot berhampiran kedai membaiki barangan elektrik di Morsjaya, Jalan Airport di sini.
    
Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.

  • oleh
  • Advertisement