Anda di sini

Belia aktif sukan, pupuk budaya gaya hidup sihat

Advertisement
 Shahril (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada salah satu pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Pedalaman Bawah.
HADIAH: Shahril (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada salah satu pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Pedalaman Bawah.

BEAUFORT: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort bersama Pasukan Takraw Beaufort baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Pedalaman Bawah yang disertai oleh belia sekitar daerah ini.

Kira-kira lebih 20 pasukan yang menyertai kejohanan itu yang diadakan di Dewan Kampung Kukut dan Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).

Ketua Pemuda GRS Bahagian Beaufort Mohd Shahril Osin berkata, kejohanan yang diadakan itu bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia di daerah ini.

Pada masa sama katanya, program berkenaan turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.

Menurutnya, di samping mengekalkan kecergasan diri, kejohanan itu juga berupaya menghindari para belia daripada melakukan aktiviti sosial yang tidak bermanfaat.

Justeru Shahril berharap, masyarakat terutama para belia di daerah itu dan sekitarnya menyokong sebarang aktiviti sukan yang diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dapat impak yang baik terhadap kesejahteraan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasnih serta Presiden PBBS Datuk Ruslan Muharam atas sokongan terhadap kegiatan aktiviti belia setempat.

Penghargaan sama turut diberikan terhadap pengurusan penganjur kejohanan atas kejayaan mengadakan program sukan itu dengan jayanya serta mencapai objektif iaitu dalam menggalakkan penglibatan belia setempat terhadap aktiviti sukan.

Selain program sukan, Shahril berkata, Pemuda GRS Bahagian itu turut melaksanakan program 'Back To School' dengan menyediakan khidmat gunting rambut percuma kepada pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan pada Mac ini.

Katanya, program 'Back To School' itu terbuka kepada anak-anak sekitar Beaufort berumur 18 tahun ke bawah yang diadakan pada 19 Mac ini di Bypass Barbershop, Bypass Limbawang bermula jam 2 petang, sebagai satu usaha membantu meringankan beban ibu bapa golongan B40.
 

  • oleh
  • Advertisement