Anda di sini

Pemandu maut kereta bertembung lori treler

Advertisement
 Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya.
MAUT: Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya.

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Kampung Pelantong, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berumur 45 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.35 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Pasukan bomba mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta bertembung dengan lori jenis treler.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam keretanya dan usaha mengeluarkan mangsa terus dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beluran dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat untuk pemandu lain, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement