Anda di sini

Polis cari suspek kes samun pekerja premis

Advertisement
 Penjenayah yang dikehendaki selepas menjalankan kegiatan kes samun di sini.
PENJENAYAH: Penjenayah yang dikehendaki selepas melakukan samun di sini.

KOTA KINABALU: Polis giat memburu seorang lelaki yang juga suspek kes samun terhadap seorang pekerja premis di sebuah perumahan di Jalan Sulaman di sini 14 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian berlaku apabila mangsa wanita yang berumur lingkungan 20-an itu berseorangan dalam premis dan hendak menutup kedai sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali pada jam 12.12 tengah malam.

“Suspek yang memakai topi keledar itu kemudian merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa sebelum bertindak melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

“Nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek tidak diketahui bagaimanapun kelibat serta wajah suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata berdasarkan penelitian CCTV terbabit, suspek memakai baju t-shirt kolar bulat berwarna putih, berbadan kurus serta berjambang dan berambut panjang.

Katanya suspek dipercayai dalam lingkungan 30 tahun dan dipercayai warga tempatan manakala topi keledar yang dipakai suspek ketika kejadian bertulis ‘SGV’.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis sekirannya ternampak suspek terlibat bagi memudahkan pihak polis untuk membuat tangkapan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Allexius Sapikit di talian 016-3888828.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam yang boleh digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan kegiatan jenayah.

“Elakkan juga ke tempat atau kawasan yang terpencil dan sunyi secara berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement