Anda di sini

Sarawak tawar pelayaran dari Tebingan Kuching ke Siniawan selepas kajian navigasi

Advertisement
Henry (kiri) menerima cenderamata daripada Bernard (dua kiri) selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel HAZID di Kuching, petang tadi.
Henry (kiri) menerima cenderamata daripada Bernard (dua kiri) selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel HAZID di Kuching, petang tadi.

KUCHING: Sarawak akan menawarkan pelayaran bot menyusuri sungai dari Tebingan Kuching ke Tebingan Siniawan selepas kajian navigasi dijalankan untuk melihat potensi lokasi menarik di sepanjang perjalanan.

Timbalan Menteri Pengangkutan II Datuk Henry Harry Jinep berkata, ini sekali gus ia akan merancakkan lagi sektor pelancongan di Bau.

"Tetapi saya berasakan kita perlu pergi ke lapangan untuk merancang perjalanan dari satu loji merawat air ke yang satu lagi.

"Jadi, kita hendak menjalankan kajian bagi mencari apa keindahan yang terdapat di sepanjang sungai berkenaan dan apa halangan yang akan kita tempuhi terutama yang membabitkan bot kecil.

"Perkara paling penting dalam hal ini adalah keselamatan dan keindahan yang boleh dilihat sepanjang perjalanan di sungai berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Hazard Identification and Impact Review (HAZID) di sini petang Jumaat. 

Laluan tersebut katanya telah dikemukakan dalam Laporan Pelancongan Bau sebagai sebahagian daripada pakej yang akan disediakan nanti.

Justeru katanya, pelayaran bot dari Satok ke Siniawan itu akan dilaksanakan pihaknya bersama dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) pada 23 Februari ini.

Henry berkata Sungai Sarawak tidak mengalami pencemaran kritikal.

"Kita akan secara perlahan-lahan menambah baik situasi dan meminta pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak untuk menjalankan kajian supaya sebarang air buangan tidak disalurkan ke sungai berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Ketua Konsultan AJA Prima Sdn Bhd Capt Bernard Idit berkata, pihaknya sedang melihat kemungkinan untuk menggunakan bot pengangkutan yang mesra alam dan menyokong teknologi hijau.

"Jika kita menggunakan bot, akan kita gunakan bot berteknologi hijau iaitu hidrogen atau elektrik," katanya.

  • oleh
  • Advertisement