Anda di sini

Piala Dunia: Perlawanan AS bertemu Wales berakhir dengan seri 1-1

Advertisement
 

DOHA: Pasukan Wales mengikat Amerika Syarikat (AS) dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Stadium Ahmed Bin Ali pada Isnin.

AS mendahului 1-0 selepas Tim Weah menjaringkan gol pada minit ke-36 sebelum Wales menerusi pemainnya Gareth Bale menyamakan kedudukan  pada minit ke-80.

Terdahulu, England yang juga dalam Kumpulan B menumpaskan Iran 6-2.

England mendahului tiga mata diikuti AS dan Wales masing-masing satu mata dan Iran di tempat keempat, lapor agensi berita Qatar (QNA). - Bernama 

Advertisement