Anda di sini

Kelab Sukan Bermotor Seven Stone dilancarkan 

Advertisement
Stephen menerima sijil pendaftaran kelab daripada Roley (kiri) sambil disaksikan Phang (tengah) dan jawatankuasa selepas majlis pelancaran di Eastwood, kelmarin.
Stephen menerima sijil pendaftaran kelab daripada Roley (kiri) sambil disaksikan Phang (tengah) dan jawatankuasa selepas majlis pelancaran di Eastwood, kelmarin.

MIRI:  Kelab Sukan Bermotor Seven Stone telah dilancarkan pada majlis makan malam di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini, semalam. 

Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin Kaunselor Jeffery Phang hadir menyempurnakan majlis berkenaan mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin. 

Beliau turut menyaksikan penyerahan sijil pendaftaran kelab daripada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir. 

Presiden Stephen Lian memberitahu, kelab telah didaftarkan pada 28 Ogos lalu di bawah Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

Tentang sejarah penubuhan kelab tersebut, ahli-ahlinya merupakan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang berasal dari kampung Long Jeeh Baram yang menawarkan khidmat menghantar penduduk berulang-alik dari kampung ke Miri khususnya pada musim perayaan. 

Menurut Stephen, idea menggunakan nama Seven Stone diilhamkan dari tujuh puncak gunung di Long Jeeh yang dikenali Batu Tujuh.
 
Setelah didaftarkan, beliau berharap kelab akan terus mendapat sokongan dalam menjayakan aktiviti yang dirancang kelak. 

Stephen menambah kata, selain sukan bermotor, kelab juga aktif dalam aktiviti kesukarelaan membantu golongan memerlukan. 

Antaranya menghantar bantuan makanan kepada mangsa kebakaran di Long Balau Baram, Pa'derung Bario, Rumah Jeff di Tinjar dan baru-baru ini di Uma Sambop Belaga dengan kehadiran lebih 50 kenderaan pacuan empat roda dengan peserta konvo melebihi 80 orang.

Kelab juga bekerjasama dengan kelab dan persatuan belia di Miri, antaranya Persatuan Belia Kristian Rhema dan Kelab Sukan K-Sure untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain luar bandar, khidmat menghantar bantuan makanan turut diperluas ke kawasan Miri sekiranya diperlukan. 

Mengenai keahlian Stephen memberitahu, ia terbuka kepada mereka yang berminat dengan sukan bermotor dan aktiviti sukarela. 

Terdahulu, Phang mahu aktiviti sukan bermotor dikendalikan mengikut peraturan demi menjaga keselamatan dan kesejahteran masyarakat. 

Kerajaan katanya, akan memberi sokongan kepada aktiviti permotoran yang sihat dan penganjuran program yang mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum. 
 

  • oleh
  • Advertisement