Anda di sini

Pendekatan inklusif beri impak besar kepada pembangunan negeri, kata Len

Advertisement
Len bersama Yusuf menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Futsal GPS/ PBB di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, malam Jumaat.
Len bersama Yusuf menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Futsal GPS/ PBB di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, malam Jumaat.

SARIKEI: Pendekatan inklusif kerajaan Sarawak memberi impak besar kepada pembangunan negeri, termasuk Lembah Rajang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam merancakkan pembangunan di negeri ini.

"Pembangunan kemudahan infrastruktur asas membolehkan kita menganjurkan pelbagai aktiviti untuk manfaat masyarakat.

"Kita yakin pendekatan sistematik merupakan komitmen kerajaan yang tidak terhad kepada komuniti tertentu, sebaliknya menyeluruh agar seluruh rakyat dapat menikmati pembangunan sosioekonomi negeri," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kejohanan Futsal Gabungan Parti Sarawak (GPS)/Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah Sarawak 2022 di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, malam Jumaat.

Kejohanan anjuran PBB Parlimen Tanjung Manis, PBB N.41 Kuala Rajang, PBB N.42 Semop  dan SABERKAS itu julung kali diadakan dan melibatkan penyertaan dari 29 kawasan DUN di Wilayah Tengah Sarawak.

Menurut Len, penganjuran kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos itu diharap dapat mewujudkan warga Wilayah Tengah Sarawak yang sihat dan cergas, selain memberi peluang kepada peminat sukan futsal mengetengahkan bakat dan potensi.

"Sebanyak 60 pasukan bertanding dalam kejohanan ini membabitkan kategori lelaki dan wanita.

"Ia menawarkan hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM50,000 besrerta piala," ujar Len lagi.

Pertandingan berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Seberang Sarikei, Gelanggang Stadium Bola Kerajang Taman Susur Jambu Sarikei, Gelanggang Futsal MYSED (KPSU Sarikei) dan Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Bintangor.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abdul Wahab serta tetamu kehormat lain.
 

  • oleh
  • Advertisement