Anda di sini

Maritim Malaysia laksana pemindahan kecemasan kapten kapal

Advertisement
 Anggota Maritim Malaysia membantu memakaikan jaket keselamatan kepada kapten kapal yang perlu dipindahkan semasa berada di Bot Kilat 40.
PINDAH: Anggota Maritim Malaysia membantu memakaikan jaket keselamatan kepada kapten kapal yang perlu dipindahkan semasa berada di Bot Kilat 40.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan melaksanakan satu bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Labuan semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.50 tengah malam.

Katanya panggilan diterima daripada ejen kapal tanker yang memaklumkan bahawa kapten kapal tersebut memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat.

“Pemindahan terbabit diperlukan bagi membolehkan kapten kapal menerima rawatan akibat mengalami tekanan darah rendah dan muntah-muntah.

“Bertindak dengan panggilan, kita menggegaskan Bot Kilat 40 ke lokasi bagi memberikan bantuan kecemasan untuk memindahkan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya mangsa yang juga warganegara Rusia berumur 49 tahun itu kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang bersedia menerima pesakit di jeti.

Tambahnya warga maritim yang mempunyai sebarang kecemasan di laut boleh menghubungi talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 serta melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539.

  • oleh
  • Advertisement