Anda di sini

Lelaki disyaki terlibat loteri haram ditahan

Advertisement
Antara barangan yang dimiliki suspek semasa serbuan dilakukan oleh polis menerusi Op Dadu, semalam.
Antara barangan yang dimiliki suspek semasa serbuan dilakukan oleh polis menerusi Op Dadu, semalam.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan loteri awam haram, di sebuah rumah tidak bernombor, Pekan Jambusan Lama, Bau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan menerusi Op Dadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sekitar jam 4.14 petang.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas dua keping kad sim (dua) dan masing-masing satu telefon bimbit, resit tertera angka disyaki loteri, pencetak mudah alih dan sejumlah wang tunai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Poge, semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan tiada rekod kesalahan lampau.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement