Anda di sini

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak

Advertisement
Abang Johari dan Tun Taib pada majlis mengangkat sumpah di Astana, hari ini. - Gambar Penerangan.

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di Balai Menghadap Utama, Astana Negeri, Petra Jaya di sini hari ini.

Beliau yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Gedong mengemudi GPS memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak melaporkan, istiadat yang diadakan secara tertutup tersebut berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 10.40 malam.

Abang Johari, 71, dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas GPS memenangi 75 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada PRN12 sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Advertisement