Anda di sini

Wartawan Libya diculik di Benghazi

Advertisement
 

BENGHAZI: Seorang wartawan diculik kelmarin di bandar kedua Libya, Benghazi, menurut pihak berkuasa media kerajaan.


Siraj Abdelhafid al-Mogassbi ditawan dari pejabat akhbar Al-Hayat di mana dia bekerja, katanya dalam satu kenyataan.


Ia menyatakan, sekumpulan penyerang yang tidak dikenali memasuki pejabat Al-Hayat lalu mengancam pekerja dan menangkap Mogassbi.


Mereka enggan menunjukkan pengenalan diri atau waran tangkap atau menjelaskan tentang tindakan mereka, kata kenyataan tersebut, sambil menambah Al-Hayat berkongsi pejabat dengan media kerajaan cabang Benghazi.


Ketua pentadbiran Abderrazag al-Dahhesh berkata, pihak polis telah dimaklumkan dan beliau sudah menghubungi secara peribadi pendakwa raya negara bagi mengecam penculikan tersebut.


Libya dibinasakan oleh keganasan sejak satu kebangkitan yang disokong oleh NATO telah menggulingkan dan membunuh diktator paling lama Muammar Ghaddafi pada 2011.


Ia berada di kedudukan 165 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia oleh badan pemerhati media, Reporters Without Borders (RSF). – AFP

Advertisement