Anda di sini

1,766 kes COVID-19 di Sarawak, 15 kematian 

Advertisement
Gambar hiasan

KUCHING: Sarawak merekodkan 1,766 kes harian COVID-19 hari ini dengan 99.15 peratus atau 1,751 daripadanya kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan bergejala ringan. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata dengan penambahan kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 190,609. 

“Hanya 0.85 peratus atau 15 kes dalam kategori 3 (6 kes), kategori 4 (2 kes) dan kategori 5 (7 kes) manakala lain-lain kes kategori 1 (768 kes) dan kategori 2 (983 kes).

“Kategori 3 merupakan kes dengan jangkitan paru-paru, kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) manakala kategori 5 adalah kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator,” katanya. 

Dalam pada itu Kuching merekodkan kes harian tertinggi 399 kes diikuti Sibu (247), Bintulu (217), Miri (191), Bau (112), Tatau (59), Kanowit (54), Mukah (43), Saratok (42), Sarikei (41) dan Limbang (41). 

Lain-lain kes dikesan di Sri Aman (39), Subis (36), Lundu (34), Serian (33), Kapit (29), Samarahan (26), Pakan (20), Meradong (15), Tebedu (13), Betong (9), Lawas (8), Bukit Mabong (8), Belaga (7), Simunjan (7), Beluru (6), Pusa (5), Asajaya (5), Julau (4), Selangau (4), Sebauh (4), Lubok Antu (3), Kabong (2), Song (1), Daro (1) dan Dalat (1). 

JPBNS turut memaklumkan terdapat 15 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan melibatkan tujuh lelaki dan lapan perempuan berumur antara 25 hingga 90 tahun. 

“Tiga kematian dilaporkan pada 17 September, satu di Sri Aman dan dua di Sibu manakala satu kematian dilaporkan pada 18 September di Sibu.  

“Tiga lagi kematian dilaporkan pada 20 September, dua di Sarikei dan satu di Sibu, lima kematian pada 21 September (tiga di Miri dan masing-masing satu di Sibu, Sarikei dan Kuching) serta dua kematian pada 22 September di Kuching.

“Kesemua kes kematian ini turut mempunyai komorbid serta latar belakang penyakit lain,” katanya. 

Dalam pada itu polis mengeluarkan 51 kompaun di Kuching (48), Bintulu (2) dan Sarikei (1) kerana melanggar garis panduan (SOP) hari ini. 

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengeluarkan dua kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau atas kesalahan buku daftar tidak lengkap serta gagal mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis. 

  • oleh
  • Advertisement