Anda di sini

COVID-19: Tujuh kluster baharu dikesan di Kuching 

Advertisement
 

KUCHING: Tujuh kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan enam melibatkan kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Airport di sini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kesemua enam kluster komuniti dikesan melibatkan perkampungan di Kuching. 

Antaranya Kluster Kampung Bintawa Tengah, Kluster Kampung Bunuk, Kluster Kampung Haji Baki, Kluster Kampung Semban, Kluster Kampung Bintawa Hilir dan Kluster Kampung Jawa. 

“Kluster Kampung Bintawa Tengah dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) di Petra Jaya di sini dimana seramai 61 invidivu disaring dengan 30 orang didapati positif dan 31 individu negatif. 

“Manakala Kluster Kampung Bunuk dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah PKPD di Jalan Puncak Borneo di mana 181 individu disaring dengan 46 didapati positif, 126 negatif dan 9 masih menunggu keputusan,” katanya. 

Kluster Kampung Haji Baki pula dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah PKPD di Jalan Pekan Batu Kitang di sini dimana 111 orang disaring, 16 didapati positif, 78 negatif dan 17 masih menunggu keputusan. 

Bagi Kluster Kampung Semban pula, ia dikesan melibatkan sebuah kampung di kawasan Bengoh di mana 26 orang disaring, 23 didapati positif dan tiga didapati negatif. 

“Kluster Kampung Bintawa Hilir pula dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di sebuah kampung di bawah PKPD di Petra Jaya di sini di mana seramai 223 orang disaring dengan 159 didapati positif dan 64 kes negatif. 

“Kluster Kampung Jawa pula dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di sebuah kampung yang dikenakan PKPD di Batu 12, Jalan Kuching-Serian di sini dimana 104 orang disaring dan 47 didapati positif, 56 negatif dan satu kes masih menunggu keputusan,” katanya. 

Manakala Kluster Jalan Airport dikesan melibatkan pekerja sebuah hotel di Jalan Airport dimana seramai 100 orang disaring dengan 12 orang didapati positif, 70 negatif dan 18 masih menunggu keputusan. 

JPBNS turut memaklumkan dua kluster iaitu Kluster Gran Stumbin di Sri Aman dan Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis di sini ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas. 

Jumlah kluster masih aktif setakat ini 89 kluster dengan 10 kluster merekodkan penambahan 117 kes baharu. 

  • oleh
  • Advertisement