Anda di sini

Sektor perikanan, pertanian dan penternakan perlu diperkasa

Advertisement
ANDREW
ANDREW

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) mencadangkan agar kerajaan negeri membangunkan teknologi moden yang lebih strategik dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan.

Presidennya Tan Sri Andrew Liew berkata, pembangunan sektor berkenaan amat penting kepada Sabah.

Katanya, kerajaan negeri juga wajar memohon lebih banyak peruntukan daripada kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia ke-12 demi pembangunan di Sabah khususnya dalam projek lebuh raya, elektrik, air, lapangan terbang, telekomunikasi, kemudahan pelabuhan dan banyak lagi.

"Oleh itu SUCCC menyokong penuh rancangan membangunkan semula ekonomi negeri. Selain itu kerajaan negeri juga perlu memohon lebih banyak vaksin untuk rakyat Sabah agar boleh mencapai sasaran imuniti berkelompok.

"Selain itu, SUCCC juga mencadangkan agar lebih banya peluang pekerjaan diwujudkan untuk golongan belia menerusi penambahbaikan dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menyeru kerajaan negeri agar menyediakan bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menerima impak pandemik COVID-19.
 

  • oleh
  • Advertisement