Anda di sini

Zidane terus kekal bersama Real

Advertisement
 Pemain pertahanan Real Madrid Nacho Fernandez diraikan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara  Athletic Club Bilbao dan Real Madrid CF di stadium San Mames di Bilbao, kelmarin. — Gambar AFP
KONGSI KEGEMBIRAAN: Pemain pertahanan Real Madrid Nacho Fernandez diraikan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Athletic Club Bilbao dan Real Madrid CF di stadium San Mames di Bilbao, kelmarin. — Gambar AFP

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, menafikan sudah memberitahu pemainnya bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai jurulatih pada akhir musim ini.

Zidane ditanya sekali lagi tentang masa depannya selepas Real menang 1-0 di Athletic Bilbao dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad satu kemenangan mengekalkan mereka kurang dua mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid dengan baki satu perlawanan sahaja lagi musim ini.

Menurut radio Onda Cero dan laman sesawang Goal pada awal Ahad, Zidane, yang mempunyai kontrak di kelab sehingga 2022, memberitahu skuadnya seminggu yang lalu bahawa beliau akan meninggalkan kelab selepas perlawanan terakhir hujung minggu ini.

Tetapi Zidane berkata pada sidang media selepas perlawanan bahawa ia tidak berlaku.

“Bagaimana saya memberitahu pemain saya bahawa saya akan pergi sekarang? Ia penipuan,” katanya.

“Saya memberi fokus kepada musim ini. Ada satu lagi perlawanan dan kami akan memberikan segala-galanya. Saya hanya pentingkan dengan apa yang berlaku pada perlawanan terakhir. Selebihnya,  kita akan lihat pada akhir musim.”

Bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, bekas penyerang Real Madrid, Raul Gonzalez dan Joachim Loew, yang akan meletak jawatan sebagai jurulatih Jerman pada akhir kejohanan Euro pada musim panas ini, disebut-sebut sebagai bakal pengganti.

Zidane membayangkan pada Sabtu bahawa beliau mungkin akan meninggalkan kelab dengan berkata bahawa beliau percaya “akan tiba satu masa apabila ia adalah masa untuk berubah”.

“Saya tidak pergi kerana ia mudah. Ia bukan saya melarikan diri dan tidak menoleh ke belakang lagi,” kata Zidane. — AFP

Advertisement