Anda di sini

KRT Kota agih juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya

Advertisement
 Antara AJK KRT Kota yang turut sama mengagihakn juadah berbuka puasa.
AGIH JUADAH: Antara AJK KRT Kota yang turut sama mengagihakn juadah berbuka puasa.

TUARAN: Ahli Jawatankuasa KRT Kota bersama Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran mengagih-agihkan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Lama Rasa Ria Resort bermula jam 4.00 petang hingga berakhir jam 5.30 petang.

“Ini adalah sebahagian daripada program  KRT Kota sempena bulan Ramadan,” kata Pengerusi KRT Kampung Kota, Haji Adis Enjih.

Katanya, aktviti itu adalah salah satu aktiviti yang dirancang bertujuan untuk berkongsi nikmat berpuasa dengan mengagih-agihkan juadah berbuka puasa bersama pengguna jalan raya di samping mempromosi semangat perpaduan dan rasa keharmonian di kalangan masyarakat.

Beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan, AJK KRT, Jiran Wanita, SRS dan semua yang terlibat menjayakan aktiviti berkenaan.

Menurutnya, program itu dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pengerusi JPKK Kampung Sri Bayu, Ramlie Hassrih dan Timbalan Ketua SRS KRS Kota berserta Jiran Wanita turut menjayakan program itu.

Antara yang hadir Timbalan Ketua SRS Awang Damit Mohd.Tamin, Ketua Penerangan Jiran Wanita , Rukin Yussop, Bendahari Masnah Ingi, Biro Kebajikan Nuribah Edris dan Haji Dzakria Haji Jantan, pengerusi  Biro Agama.

Program mengagih-agihkan juadah berbuka puasa itu juga mendapat apresiasi pengguna-pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement