Anda di sini

Dapur hangus sedikit dalam kebakaran dini hari

Advertisement
 Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sedang membantu memadamkan api kebakaran tersebut.
HANGUS: Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian sedang membantu memadamkan api kebakaran tersebut.

SIBU: Dapur sebuah rumah terbakar 20 peratus dalam kejadian di Lorong Jerwit Barat 4, di sini, awal pagi semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sibu dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.32 pagi.

Katanya, seramai dua penyelia dan 11 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi didapati bahagian dapur bersaiz 22x10 kaki sedang terbakar sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian siling dan dinding rumah berkenaan.

“Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 200 kaki air dari pili bomba sehingga selesai operasi,” katanya.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden malang tersebut.

Advertisement